Wednesday 16 December 2015

Home » , , » Berapa Bajet Makan Sehari Anda?

Berapa Bajet Makan Sehari Anda?

Keperluan harian kita, makan. Mesti kena makan kan. Tak pernah lagi jumpa orang yang tak makan langsung.

Sehari paling kurang makan mesti tiga kali, paling basic. Makan pagi (breakfast), makan tengahari (lunch) dan makan malam (dinner).

Kalau ditengok balik pada senarai perbelanjaan bulanan, perbelanjaan untuk makan minum antara perbelanjaan paling penting dan banyak. 


Untunglah kalau dapat masak sendiri di rumah. Dah boleh jimat banyak di situ. Dan paling penting lebih terjamin kebersihannya dan lebih kepuasan sebab dapat masak untuk keluarga tersayang. Bagi anak-anak dan suami makan minum hasil air tangan kita sendiri. 

Tapi bagi mereka yang punyai kekangan masa atau kekangan lain macamana pula? Bukan tak mahu masak sendiri untuk keluarga, tapi ada halangan yang membantutkan hasrat murni tersebut. So, pilihan yang ada adalah membeli atau makan di kedai saja.

Berapa purata kos makan anda untuk sehari?

Purata kos makan pagi untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak kalau dilihatkan pada keadaan semasa dalam RM10. Itupun bergantung juga pada pilihan makanan.

Okeylah saya kongsikan situasi saya sendiri. Pagi tadi saya tapau (bungkus) bihun goreng sambal kerang dan mi goreng untuk harga RM6. Itu belum termasuk harga minuman, kalau makan di kedai dah tentu-tentu akan order air kan.

Untuk saya berdua dengan suami pun sudah RM6, untuk makan pagi. Macamana pula dengan keluarga yang ada ramai anak? 

Makan tengahari dan makan malam kebiasaannya lebih mahal dari makan pagi. Kalau order masakan panas untuk sekeluarga sudah tentu habis berpuluh-puluh ringgit juga. Itu baru sehari, seminggu...sebulan?

Belum ambil kira lagi kadang-kadang teringin makan kudapan, anak-anak minta nak beli jajan (junkfood), suami/isteri teringin makan buah-buahan. 

Belum kira lagi hujung minggu nak jalan-jalan, anak-anak meronta minta mainan, isteri mengidam beli baju, dan sebagainya.

Kalau dulu dengan duit bernilai RM1 masih boleh beli nasi lemak bungkus, tapi sekarang sebaliknya. Makin hari nilai wang semakin kecil, manakala kos sara hidup semakin meningkat.

Syukurlah kalau bergaji besar, tapi macamana dengan mereka yang bergaji cukup-cukup makan? Mereka yang baru nak cuba-cuba hidup sendiri, berdiri atas kaki sendiri.

Jadi nak taknak kena pertimbangkan cari alternatif. Sebab itu ramai juga yang jana pendapatan sampingan. Sekurangnya side income yang diperolehi boleh bantu menampung mana-mana yang kurang.


Jom hijrah ekonomi. Tiada siapa yang boleh mengubah ekonomi kecuali kita sendiri.

Berminat sertai keluarga bisnes kami? Isikan details anda di sini 👇🏻👇🏻👇🏻

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

1 comment:

  1. dengan kos sara hidup yg tinggi memang agak membebankan jugak..

    Jemput Singgah : Contest Review Lynk.My 2015

    ReplyDelete