Monday 13 October 2014

Home » » Resepi Pancake Yang Mudah

Resepi Pancake Yang Mudah

Memandangkan ramai mommies yang bekerja, untuk menyediakan sarapan pagi agak terbatas kerana faktor masa. Jadi kebanyakan mommies yang menunjukkan skill memasak hanya pada waktu hujung minggu.

Antara menu sarapan pagi yang saya suka adalah pancake. Tapi sebelum ni bila nak makan pancake je mesti beli. Tak pernah buat sendiri sebabnya tak tau macamana nak buat, plus sedikit kemalasan..hehe.

Last weekend teringin sangat nak makan pancake yang dibuat sendiri. So gigihla mencari resepi dengan bantuan pakcik Google. Jumpalah resepi dari Martha Stewart..biasanya kalau masakan/menu yang western ni saya suka ikut resepi chef yang terkenal sebab saya tau resepi tu memang confirm menjadi..hehe.

resepi penkek

Rupa-rupanya senang je nak buat pancake ni, kerjanya tak rumit dan bahannya mudah nak cari. Kalau mommies sediakan sebelum keluar bekerja pun sempat.


BAHAN-BAHAN

1 cawan tepung (saya suka gunakan tepung kek sebab lebih ringan dan lembut)

2 sudu besar gula

2 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh garam

1 cawan susu

2 sudu besar butter cair/minyak sayur

1 biji telur

1 sudu minyak sayur

Toppings seperti madu, maple syrup, jem, butter, coklat cair atau krim


CARA MEMBUAT

1) Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celcius (bergantung pada tahap kepanasan oven masing2).

2) Campurkan bahan kering seperti tepung, gula, garam dan baking powder. 

3) Dalam mangkuk yang lain, campurkan susu, telur dan butter/minyak sayur. Kemudian masukkan bahan kering tadi dan gaul sedikit sehingga bercampur. Jangan overmix ye.

4) Panaskan non-stick tray kemudian sapukan permukaan tray dengan towel yang direndam sedikit dengan minyak sayur.

5) Cedok adunan ke atas tray. 1 pancake dalam 2-3 sudu besar adunan. So 1 adunan tu boleh dapat dalam 12 pancake. Tray yang besar boleh muat dalam 3 pancake sekaligus.

6) Bakar selama 1-2 minit sehingga permukaan pancake berbuih sedikit kemudian terbalikkan pancake dan bakar lagi selama 1-2 minit. 

7) Keluarkan dari oven dan simpan dalam bekas lain, tutup dengan aluminium foil dan letak dalam oven untuk pastikan pancake sentiasa panas.

8) Ulang langkah 4-7 dengan baki adunan sehingga habis.

Sebenarnya kalau makan pancake macam tu je pun dah sedap sebab dah rasa lemak2 manis gitu. Tak ada toppings pun tak apa. Tapi bila ada toppings lagilah berganda2 sedapnya. Ala tetiba pulak teringin pancake. Nak kena buat lagi la ni..hehe.

Lepas dah makan pancake and all those sweet food jangan lupa telan LecithinOmega dan Herblax supaya berat badan tak naik dengan meriahnya.

BAGAIMANA CARA ORDER PRODUK SHAKLEE
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
sistem online shaklee
Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

2 comments:

  1. wahh...pancake...feveret saya ni. :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk resepi pancake nie...insaaAllah nak cuba jugak laa...

    ReplyDelete