Monday 21 July 2014

Home » » Shaklee Menyumbang Kewangan Israel Betul Ke?

Shaklee Menyumbang Kewangan Israel Betul Ke?

Sekarang ni isu boikot begitu tersebar meluas, rata-rata ramai yang sudah ada kesedaran untuk memboikot produk yang menyumbang pada Israel, dan antara yang paling nyata adalah Mcdonald. Maka suramlah dan lenganglah Mcdonald dari dikunjungi orang.

Isu boikot ni memang sesuatu yang dipandang serius oleh masyarakat kita apatah lagi sekarang dengan situasi Israel laknatullah menyerang gaza terutama anak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa.

Sebelum kita boikot harus difahami adalah adakah kita perlu boikot semua produk yang asalnya dari yahudi atau US  (dimana ia negara yang menyokong Israel) atau kita mesti boikot mana-mana syarikat yang menyumbang pada Israel. Kena betul-betul fahami antara yang menyumbang dengan tidak. Kita tidak boikot sebarang syarikat melainkan dia menyumbang pada Israel hatta kalau dia adalah syarikat Islam sekalipun jika dia menyumbang pada Israel dan ia berhak diboikot. Isunya boikot pada penyumbang, bukan pada keseluruhan negara yang kita anggap menyumbang. Pengertian mengenai boikot ini juga boleh didapati dari penerangan Aqsa Syariff tentang boikot fb.


Jika kemaslahatan untuk ummah lebih daripada perkara negatif yang akan diterima maka itulah dimaksudkan dengan ini. Sebab hakikatnya ramai yang buka mata bila update selalu dibuat melalui jalan fb untuk berita terkini berkaitan apa yang berlaku sekarang. Maknanya kebaikan lebih banyak dari keburukan.

Dalam kes shaklee pula ramai yang takut dan merasakan sebab shaklee adalah produk US maka ia patut diboikot. Untuk pengetahuan, syarikat shaklee dimiliki oleh roger barnet dan beliau bukan yahudi. Dan syarikat ini milik roger, bukan milik kerajaan US. Dan shaklee tidak menyumbang kepada Israel. Tapi ada isu yang timbul iaitu kes seorang bernama Kenneseth yang menyumbang kepada Israel.

Perlu diingat Keneseth adalah seorang SID (shaklee Independant Distributor) dan dia menyumbang kepada Israel atas kapasiti sebagai individu bukan mewakili shaklee secara keseluruhannya. Maka kita tidak boleh menganggap shaklee adalah penyumbang kepada Israel. Sama juga seperti saya menyumbang derma kepada umat islam, ia adalah hasil dari kapasiti saya sebagai individu, bukan dari shaklee. Kerana shaklee membayar bonus pada semua ahlinya dan kita boleh buat apa sahaja kerana itu adalah duit kita. Dan juga kami membayar zakat, ianya untuk umat islam maka tidak boleh dikatakan yang sumbangan itu dari Shaklee kerana ia sumbangan peribadi para SID (shaklee independant distributor)

Sama seperti kita bekerja. Jika dapat gaji seorang pekerja itu melanggan pelacur atau berfoya-foya di pusat hiburan, atau menggunakan duit untuk aktiviti tidak bermoral, ia adalah atas kapasiti sebagai individu, tidak boleh menuduh syarikatnya adalah penyokong maksiat. Atau duit gaji pekerja itu digunakan untuk membiayai Israel, tidak bermakna syarikat itu adalah penyokong Israel. Kerana bukan pendirian syarikat sebegitu, ia tidak boleh menyekat duit yang diterima dibelanjakan dengan cara apa. Mana boleh sekat duit orang kan? Dan kita tidak mungkin dapat kawal duit orang lain kan?



Dalam website keneseth ada logo shaklee ni kan? Maka anda jangan cepat melatah. Ini kerana ia bukan dari shaklee corporation tetapi atas dasar individu. Beliau memberi sumbangan individu kepada Israel, bukan atas dasar shaklee corporation yang memberi dana kepada Israel. Bila kita klik pada lambang shaklee, ia akan membawa kita kepada satu page yang seperti website rasmi shaklee untuk buat order. Perlu diingat itu adalah page individu tersebut sama seperti esell yang diperkenalkan di Malaysia. Boleh klik cara menggunakan esell. Ini bermaksud, jika logo itu diklik, kita akan dibawa ke page peribadinya iaitu personal sales beliau, bukan sales dari website rasmi shaklee.

Marilah kita boikot dengan ilmu. Jika tanpa ilmu kita akan sekadar menjadi ikut-ikutan. Dan kemungkinan akan bermusim sahaja. Apa yang kita perjuangkan adalah penyumbang pada Israel perlu diboikot. Dalam hal ini shaklee memang tidak menyumbang kepada Israel dan produknya juga halal, maka tiada sebab untuk diboikot.

Kenapa perlu makan produk US? Kalau tak ambil tak boleh ke?

Bukan masalah sebab dia produk dari US atau tidak. Tapi sebab ianya adalah supplement yang berkualiti dan dijamin halal dan berkesan. Ia juga melalui research dan berbillion shaklee habiskan untuk r&d produknya. Setakat ini masih tiada pesaing atau setara dengan kualiti dan keberkesannya. Contohnya bila masa kita mungkin boleh boikot? Jika ada dua produk yang sama kualiti dan keberkesanan dan tahap research dan cara pembuatan setanding, maka kita boleh memilih.

Andainya ada supplement dari syarikat Islam yang setanding dan keberkesannya terbukti dengan research dan kualitinya maka masa itu boleh memilih produk Islam. Setakat ini kita masih tiada pilihan yang setara maka tidak salah jika gunakan untuk kebaikan kesihatan kita terutama jika sihat boleh beribadah dengan lebih mudah. Mana lagi penting dapat beribadah dengan lebih mudah sebab tiada lagi sakit lutut misalnya, daripada sanggup boikot tanpa ilmu tapi kita tak dapat apa-apa manfaat.

Macam facebook juga, ikutkan produk kafir kita perlu boikot tapi kenapa tidak boikot? Sebab saluran facebook ini menjadi penyambung dan penyebar terbesar berita tentang peperangan Israel laknatullah ini boleh kita dapati dengan mudah. Bayangkan sumbangan derma mungkin jadi sukar jika tiada hebahan seperti yang dibuat melalui facebook ini. Maknanya sudut positif lebihb anyak dari negatif.

Buka mata supaya isu boikot ini kita boleh ambil dari sisi positif dan releven.Bukan boikot tanpa ilmu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri kerana tanpa asas. Jika manfaatnya lebih pada umat Islam, maka itu lebih perlu diambil kira berbanding dengan keburukannya.

Pada saya tiada salahnya menggunakan produk yang dijamin halal, berkesan dan semulajadi dan ia boleh membantu kesihatan yang lebih baik walau ianya berasal dari US kerana perlu diingat di sana juga ada komuniti Islam, bukan totally negara kafir.

Dan isu berurusniaga dengan kafir juga dibolehkan dalam Islam sepertimana zaman Rasulullah dahulu juga pernah berurusniaga dengan Yahudi.

"Sesungguhnya nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW (Riawayat Al Bukhari).

Kita bukan boikot semua produk yang bersal dari US atau Yahudi, tapi kita bikot syarikat yang menyumbang kepada kewangan Israel. Jelas bukan?

Wallahua'lam.


------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment