Monday 15 July 2013

Home » » Status Halal Shaklee: Usah Was-Was Lagi

Status Halal Shaklee: Usah Was-Was Lagi

Masih ada lagi yang was-was samada Shaklee ni halal atau tidak. Lebih-lebih lagi bila tak nampak sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.
 
Sebenarnya, ada banyak badan pengeluar sijil halal selain daripada JAKIM. Badan-badan pengeluar ini mengeluarkan status halal termasuk untuk produk-produk tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara yang turut digunapakai di Malaysia selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja.
 
ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di sini.
 
Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk-produk Shaklee.
 
sijil halal shaklee
 
Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum sijil halal itu dikeluarkan atas sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada dan USA adalah yang paling sukar untuk mendapat pelepasan. Dan memandangkan Shaklee mendapat sijil halal dari ISA yang mana merupakan badan pengeluar sijil halal di Amerika, pastinya tidak perlu lagi merasa ragu-ragu dengan status halal produk Shaklee.  
 
Tidak semua produk Shaklee dipasarkan di Malaysia. Namun, semua produk yang dipasarkan di Malaysia tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex.
 
Jadi anda tidak perlu merasa ragu-ragu sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee di Malaysia. Gunakanlah tanpa was-was :)
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment