Tuesday 23 April 2013

Home » , » 20 Perkara Perlu Tahu Tentang Penyusuan

20 Perkara Perlu Tahu Tentang Penyusuan

Dari Sumber Majalah PA&MA Ogos 2008
  1. Penyusuan pertama seelok-eloknya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan, untuk meransang penghasilan dan pengeluaran
  2. Sebelum menyusukan bayi ibu haruslah melembutkan payudara dengan meletakkan tuala hangat pada payudara
  3. Susu badan mengandungi 87.5 peratus air. Oleh itu, banyakkan minum air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari
  4. Semakin kerap ibu menyusukan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan (konsep asas penyusuan iaitu demand - supply)
  5. Ibu yang menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar
  6. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan makan apa saja makanan yang dimakan oleh ibunya. Ibu harus mengawal mengambilan kafein, gula kerana ia mudah meresap dalam tubuh
  7. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusukan anak waktu malam kerana tahap prolaktin yang tinggi pada waktu malam berbanding waktu siang
  8. Ibu hendaklah berhati hati semasa mencuci payudara. Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting
  9. Mencuci payudara dengan air suam adalah terbaik
  10. Payudara yang penuh dan tidak diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa. Namun tidak bermakna harus menunggu payudara bengkak baru boleh pam...harus pam secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang terbaik
  11. Bayi yang minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibodi yg berupaya melawan penyakit
  12. Vitamin A, B Complex, Vitamin C dan Asid Folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi
  13. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula
  14. Menyusukan bayi dengan susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ibu-ibu yang nak dapatkan bentuk badan masa zaman anak dara dulu harus menyusukan anak :)
  15. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
  16. Hormon oxytocin yang terkandung dalam susu ibu membantu mengecutkan rahim
  17. 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri drpd 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus
  18. Menyusukan bayi dengan susu ibu mengurangkan risiko obesiti dikalangan kanak-kanak
  19. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak, karbohidrat, dan protein yang tepat untuk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka...betapa istimewanya susu ibu
  20. Ibu yang menyusu tidak boleh mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment