Wednesday 23 January 2013

Home » , » Tips Penyusuan Bagi Ibu Bekerja

Tips Penyusuan Bagi Ibu Bekerja

penyusuan susu ibu

 
Wanita pada hari ini bukan sekadar duduk di rumah. Ya, wanita hari ini termasuklah golongan ibu turut bersama-sama kaum lelaki menyumbang kepada kemajuan negara. Bukan saja punyai tanggungjawab sebagai pekerja yang bergaji, juga punya tanggungjawab di rumah sebagai isteri dan ibu. Betapa besarnya peranan wanita pada hari ini. Dan betapa istimewanya wanita mampu menggalas pelbagai tanggungjawab yang diberikan.

Fasa yang kebanyakan wanita akan lalui dalam kehidupan berumahtangga, mengandung, melahirkan dan seterusnya menyusukan anak merupakan suatu pengalaman yang indah dan berbaloi walaupun adakalanya memenatkan. Tatkala melihatkan senyuman anak yang riang segala penat lelah segera terhapus.
 
Sememangnya menjadi impian setiap ibu-ibu dapat menyusukan bayinya secara eksklusif. Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri amat menyarankan agar ibu-ibu mengamalkan penyusuan eksklusif bagi tempoh 6 bulan yang pertama dalam kehidupan bayi untuk mendapatkan kesihatan dan perkembangan yang optimum. Penyusuan susu ibu juga seharusnya disambung sehingga bayi berumur 2 tahun.

Namun, penyusuan secara eksklusif sehingga bayi berumur 2 tahun bukan mudah dan pastinya memerlukan pengorbanan dan usaha dari ibu. Tidak dinafikan ada juga ibu-ibu yang berputus asa dan mudah mencari jalan keluar yang lain dengan membekalkan susu formula buat bayinya. Sayang sungguh andainya situasi ini berlaku kerana pastinya susu ibu adalah yang terbaik buat bayinya. Pastinya bayi akan terlepas dari mendapat kebaikan dan keistimewaan dari penyusuan susu ibu.

Menjayakan Penyusuan dan Pada Masa Yang Sama Bekerja

Penyusuan pada jam pertama selepas bersalin amatlah penting kerana pada waktu itulah permulaan perkenalan antara ibu dan bayinya selepas kelahiran. Penyusuan haruslah diteruskan pada setiap 2 jam pada waktu siang sehingga sebelum 12 malam, dan setiap 3 jam selepas 12 malam. Pastikan menyusukan bayi dengan satu payudara sebelum bertukar kepada payudara yang satu lagi pada sesi penyusuan yang seterusnya.
 
Posisi semasa menyusukan bayi juga perlu diberi perhatian untuk mengelakkan kesakitan puting. Penyusuan yang disertai dengan kesakitan puting pastinya mencemar saat-saat indah ibu dan bayi. Pastikan bayi meniarap pada tepi dan mukanya menghadap payudara. Pautan hisapan yang baik adalah apabila bayi menghisap pada puting kira-kira 1 inci pada areola.
  1. Memerah susu boleh dilakukan menggunakan tangan (teknik marmet) atau menggunakan pam payudara, samada manual atau elektrik. Memerah dengan tangan merupakan cara yang paling murah dan menghasilkan susu yang banyak walaupun mengambil sedikit masa. Untuk menjimatkan masa, pam elektrik merupakan pilihan yang tepat namun kos membelinya agak tinggi. Walauapapun pilihannya, pastikan ibu-ibu selesa dengan pilihan tersebut.
  2. Practice makes perfect. Mulakan rutin memerah/pam dan menyimpan susu ibu seawal 2 minggu sebelum kembali bekerja. Mungkin jumlah susu agak kurang pada permulaannya namun akan bertambah jika dilakukan secara berterusan dan konsisten.
  3. Sekembalinya ibu bekerja, pastikan rutin memerah susu diteruskan. Sebaiknya perah susu sebelum waktu kerja rasmi bermula, diikuti sesi perahan seterusnya pada 2-3jam seterusnya, waktu makan tengahari, sewaktu berehat untuk solat dan sebelum balik.
  4. Memandangkan ibu-ibu harus memerah susu sewaktu bekerja, pastikan ibu-ibu memberitahu dan mendapatkan kebenaran majikan. Ini adalah penting demi memastikan kelancaran sesi perahan dan tugasan rasmi.
  5. Gunakan pad menyusu untuk mengelakkan susu meleleh keluar dan seterusnya membasahi baju ibu-ibu. Pastikan juga ibu-ibu menyediakan kot/cardigan untuk menutup bahagian dada ibu-ibu sekiranya ia berlaku.
  6. Letakkan tarikh pada susu yang disimpan dalam peti sejuk beku dan nyahbekukan beberapa peket pada malam sebelumnya untuk kegunaan pada keesokan hari. Penggunaan pemanas susu membantu mempercepatkan lagi proses nyahbeku susu ibu.
  7. Sokongan dari orang sekeliling terutama suami memainkan peranan penting kerana tugas ibu yang bekerja, pada masa yang sama menyusukan bayinya dan menguruskan rumahtangga bukan mudah dan pastinya memerlukan sokongan emosi dan fizikal dari suami.
  8. Pengambilan makanan tambahan atau juga dipanggil vitamin boleh diamalkan bagi memastikan kesihatan dan kecergasan ibu. Ketahui cadangan vitamin untuk ibu menyusu yang bekerja.
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahala seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah ayat 233 yang bermaksud:
 
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
 
Imam Syafie juga berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”.
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment