Thursday 6 December 2012

Home » , , » Kolagen dan Sumbernya

Kolagen dan Sumbernya

Kolagen dan Sumbernya

Kolagen merupakan ejen pelekat yang bertindak melekatkan sel2 dalam tubuh kita antara satu sama lain. Kolagen adalah sejenis protein yang merangkumi 30% jumlah protein keseluruhan badan kita. Kulit kita terdiri dari 70% kolagen, urat dan ligamen mengandungi 85%, malah tulang2 kita pun terdiri dari kolagen.
Kolagen bukan sahaja menjaga keanjalan kulit malah mengukuhkan organ dalaman kita termasuk tulang dan sendi agar sentiasa kukuh dan sihat.

Pentingkah kolagen?

Walaupun tubuh kita membuat kolagen sendiri, tapi ia mula berkurangan dengan kadar 1.5% setiap tahun selepas kita berumur 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai dalam 10 tahun kemudian, yang mana kita mula kehilangan separuh kolagen dalam tubuh kita. Oleh itu tidak hairanlah bila meningkat usia, kulit mula menjadi berkedut dan ada yang mengalami kedutan sebelum masanya. Ini kerana bahan2 penjaga kolagen iaitu antioksidan yang dihasilkan oleh tubuh dan makanan yang diambil tidak cukup untuk menampung kolagen kerana telah digunakan untuk melawan serangan radikal bebas.
Kolagen bukan sahaja diambil untuk kecantikan tapi juga diperlukan dalam hal perubatan untuk mencegah pelbagai penyakit seperti osteoarthritis, osteoporosis, arteriosclerosis dan pelbagai masalah akibat kekurangan kolagen. Ia juga turut digunakan dalam merawat dan mengubat kes2 melecur yang serius dimana kolagen diperlukan bagi mencipta ganti kulit palsu.
Selain itu, ia turut dijual sebagai supplement bagi melancarkan pergerakan sendi. Ini kerana kolagen membentuk 90% protein matriks tulang2 dan 2/3 tulang rawan artikular, dimana kehilangan kolagen juga boleh menjejaskan kesihatan tulang dan sendi.

 

Dari manakah sumber kolagen?

Terdapat pelbagai jenama, jenis kolagen dipasaran hari ini. Namun tahukah anda dari manakah sumber2 kolagen tersebut? Saya senaraikan di bawah ye. Credit to CikguHani:
  1. Daripada bovine (lembu) - diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
  2. Daripada babi (porcine origin)
  3. Daripada haiwan laut (e.g. ikan dan gamat)
  4. Daripada tumbuhan (e.g kacang soya)
  5. Daripada Yak - produk dari China
  6. Daripada manusia (e.g plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!)
Mengejutkan bukan? So, anda haruslah berhati2 kerana terdapat produk kolagen yang tidak dapat dipastikan sumbernya dengan jelas dan membuatkan produk tersebut diragui status halalnya. Ini kerana sumber kolagen yang paling mudah diperolehi adalah daripada kulit babi atau gamat. Pastikan anda memilih kolagen yang halal.

Apakah sumber Collagen Powder Shaklee?

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Mempunyai molekul yang sangat ringan iaitu kira-kira 1,000 Dalton supaya dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Tujuh bahan utamanya digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokokng kecantikan anda dari dalam:
  1. Kolagen ikan - memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal
  2. Ekstrak kerang-kerangan - mengandungi glukosamina sbg pelincir bg sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidak selesaan mata
  3. Lactobacillus acidophilus - meningkatkan penyerapan kolagen
  4. Ekstrak biji Camellia Japonica - mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan.
  5. Ekstrak Pfaffia - merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga.
  6. Vitamin C - menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
  7. Vitamin B2, B6 - membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.
Cepat dapatkan Collagen Powder anda dengan tawaran harga runtuh!! Hanya bulan ni saja tau. Rugi kalau tak rebut peluang ni. Jangan menyesal lah kalau Shaklee kehabisan stok nanti.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment