Sunday 12 August 2012

Home » , , » Vitamin C dan Fungsinya

Vitamin C dan Fungsinya

Vitamin C dan Fungsinya

Ramai yang nak ambil vitamin c untuk kulit yang cantik. Tapi tidak pernah ambil tahu apa yang ada dalam vitamin c kan? Kadang-kadang ada yang tertipu dengan vitamin c palsu. Bila dengar sahaja vitamin c terus percaya tanpa selidik adalah ianya mendapat kelulusan KKM dan juga halal.

Kita baca apa sebenarnya kandungan dalam vitamin c ini.

Vitamin c juga dikenali sebagai ascorbic asid. Ianya adalah vitamin larut air di mana mudah hilang melalui urin bila kita membuang air kecil. Disebabkan ianya tidak dapat bertahan lama dalam badan, maka perlulah kita mengambil vitamin c untuk menggantikan vitamin c yang hilang tadi.

Kepentingan Vitamin C

Ianya adalah penting untuk memperbaiki tisu-tisu yang rosak dan juga untuk perkembangan tisu seluruh badan kita. Ianya digunakan untuk merawat luka dan menyembuhkan parut-parut akibat tisu yang rosak. Sebab itu tidak hairanlah kulit yang tidak bermaya boleh menjadi lebih berseri dengan pengambilan vitamin c kerana ianya memperbaiki kembali tisu-tisu yang rosak.

Vitamin C Sebagai Antioksidan

Apa kepentingan antioksidan ini? Ianya berfungsi menghalang radikal bebas di persekitaran kita. Radikal bebas boleh memusnahkan dan mengganggu sel-sel kita. Pendedahan yang berpanjangan pada radikal bebas boleh meyebabkan proses penuaan menjadi lagi cepat. Maka kulit akan rosak diawal usia.

Makanan Yang Mengandungi Vitamin C

1. Buah kiwi
2. Oren
3. Mangga
4. Nenas
5. Strawberi
6. Brokoli
7. Tomato
8. Kubis
Dari makanan ini juga kita boleh mendapatkan vitamin c tetapi proses memasak juga akan menyebabkan kehilangan nutrien ini malah adakalanya memusnahkan kesemua vitamin c yang ada.

Kesan Kekurangan Vitamin C

1. Gusi berdarah
2. Luka lambat sembuh
3. Kulit kering dan kasar
4. Rambut kering dan bercabang
5. Sakit sendi
Inilah dia salah satu vitamin c yang terbaik untuk dicuba:
credit
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

* Entri ini adalah berdasarkan testimoni/pengalaman pengguna dan hasil dari setiap pengguna mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment