Sunday 27 November 2011

Home » » Kategori Vitamin

Kategori Vitamin

Kategori Vitamin

Dalam banyak-banyak vitamin yang kita ambil, adakah kita tahu secara lebih detail bagaimana vitamin dikategorikan?

Secara ringkasnya vitamin boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu vitamin LARUT AIR dan VITAMIN LARUT LEMAK.

VITAMIN LARUT AIR contohnya Vitamin C dan Vitamin B group.
VITAMIN LARUT LEMAK contohnya Vitamin A, D, E & K.

Vitamin larut air biasanya tidak disimpan dalam badan dan mudah dikeluarkan oleh badan melalui urine.Vitamin larut lemak pula akan disimpan di dalam lemak badan dan juga hati.Dengan itu pengambilan vitamin larut lemak haruslah berpada-pada, jangan sampai melebihi dos.

KENAPA PERLUNYA VITAMIN?

Badan kita tidak dapat menyediakan vitamin dalam kuantiti yang mencukupi. Dengan itu iainya perlu diperolehi dengan diet yang betul dan juga pengambilan supplement yang tepat. Sebagai contoh, seseorang yang tidak sukakan oren mungkin kekurangan vitamin c, manakala sesorang yang tidak boleh tolerate dengan laktosa mungkin akan kekurangan kalsium. Jadi dengan pemgambilan supplement, boleh membantu menambah apa yang kurang pada tubuh.

Dengan gaya hidup moden adalah agak mustahil untuk memenuhi keperluan makananan mengikut piramid makanan yang disyorkan.
 
 
Sebagai contoh, buah-buahan dan sayur-sayuran ambil 3-5 hidangan sehari? Bagaimana kita nak pastikan yang kita boleh konsisten mengambilnya? Setiap sayur-sayuran atau buah-buahan juga mengandungi khasiat dan zat yang berlainan, so dari cara mana kita nak ukur samada apa yang kita ambil sudah mencukupi atau tidak. Tapi tiada masalah pada mereka yang komited dan yakin mengambil zat yang cukup, supplement bukan untuk anda.
Pilihan di tangan anda.

credit
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment